1. mestilah jujur dan ikhlas - untuk menjadi kawan yang baik, kena jujur dan ikhlas dalam persahabatan tu, kalau betul-betul ikhlas nak berkawan, pasti akan rasa betul-betul sayang dan saling ambil berat. dan kalau jujur, takkan menipu kawan sendiri
2. sentiasa berada saat susah dan senang - kawan yang baik akan selalu bersama. bila senang pon dia ada untuk sama-sama gembira, dan bila susah pon dia ada untuk sama-sama merasa susah. kawan macam ginilah yang susah nak cari
3. mendengar masalah dan memberikan nasihat yang tepat - kalau ada masalah, kawan sudi dengar dengan teliti masalah yang dihadapi dan memberikan nasihat yang tepat, bukannya nasihat yang lagi menjatuhkan dan membuatkan lagi sedih. kawan, kamo harus berfikir dahulu sebelum kamo memberikan nasihat
4. gembira melihat kamu berjaya dan bahagia - kawan macam ni memang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu. dia sentiasa tersenyum melihat kamu bahagia dan gembira.
5. tidak ada perasaan dengki dan sifat tidak boleh lebih darinya - walau baik mana sekali pun kamu dan kawan kamu, jika salah seorang dari kamu selalu tidak puas hati dengan apa yang kamu ada, dan selalu tidak suka melihat kamu lebih dari dia, ini masalah besar. jadi, lebih baik kamu berdiam sahaja dan tidak bercerita semuanya kepada dia kerana apa sahaja kata kamu, dia pasti mahu dia juga ada dan lebih dari kamu
6. sentiasa mengambil berat - walau jauh mana pon terpisah, selagi rasa sayang, selagi itulah akan mengambil berat dan bertanya khabar
7. saling memahami - jika saling memahami, terhindarlah dari pergaduhan dan tidak mudah mendengar cakap-cakap orang
8. terima kamu seadanya - berkawan dengan kamu apa adanya kamu, macam mana baik buruk kamu, dia tetap berkawan dengan kamu
9. sentiasa ada jika kamu memerlukan - jika dilanda masalah dan tiada siapa untuk mengadu, dia ada untuk kamu dan bersedia membantu kamu
10. sentiasa membuat kamu gembira berkawan dengan nya - kawan yang baik, akan cuba membuat kamu selalu gembira mempunyai sahabat sepertinya. selalu menjaga hati kamu dan kalau boleh tidak akan membuat hati kamu tersinggung walau kamu silap, tapi tegur dengan cara baik.
agak susah menemui shabat yang betul-betul setia , baik , memahami .
tanpa perasaan AMBIL PEDULI terhadap sahabat sendiri memang , boleh mendatangkan kekecewaan dalam diri sahabat . :) TQ
im looking for true friend !
No comments:
Post a Comment